Pengenalan
Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja.
Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh
menyumbang kepada stres di peringkat usia yang masih muda. Tindak balas yang
tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami
stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.
Apakah kaitan stres dan tingkah laku
kanak-kanak dan remaja ?
Kanak-kanak dan remaja yang tidak berupaya memenuhi
harapan tinggi orang-orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah
emosi seperti (murung, sedih, resah dan gelisah) serta masalah tingkah laku
seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).
Apakah punca-punca stres di kalangan
kanak-kanak dan remaja?
Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan
remaja boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-
Peribadi/diri
- Meletakkan
cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang
rendah, kurang yakin pada diri sendiri
- Takut
untuk gagal
- Perubahan
pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan
- Membandingkan
diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan
Rumah
- Konflik
antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
- Perceraian
ibu bapa atau kematian ibu bapa
- Kelahiran
adik baru
- Berpindah
rumah baru
- Mengalami
penderaan dan pengabaian
Sekolah
- Bertukar
sekolah
- Dihukum
guru atau dipersendakan rakan di sekolah
- Berkelahi
dengan rakan-rakan
- Dibuli
rakan
Persekitaran Sosial
- Kekurangan
dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan,
tiada sistem pembetungan, air dan elektrik)
- Persekitaran
dan kejiranan yang kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan
dadah, pelacuran).
Bagaimana stres boleh mempengaruhi
kanak-kanak/remaja?
Secara positif:
Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang
untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan
cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan
itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.
Secara negatif:
Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja
boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
- Kesan
emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri
daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan
diri, marah dan agresif.
- Kesan
fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
- Kesan
tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan
sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah,
merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.
Apakah gejala stres di kalangan
kanak-kanak dan remaja?
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat
ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom
dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan
tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia
mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan
tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa
takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh
menunjukkan tanda-tanda seperti :
- memencilkan
diri
- sikap
tidak mempercayai sesiapa
- tidak
mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
- bersikap
menentang atau tidak mematuhi arahan
- panas
baran
- mempunyai
masalah untuk melahirkan perasaan
Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan
tanda-tanda seperti:
- bimbang
tentang masa depan
- mengadu
sakit kepala
- mengalami
masalah tidur
- hilang
selera makan
- kurang
menumpukan perhatian pada kerja sekolah
- kencing
malam
Bagaimana mengatasi stres di kalangan
kanak-kanak dan remaja ?
Stres boleh di atasi. Kanak-kanak dan remaja perlu
mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan
terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka.
Cara-caranya ialah:
- Kenal pasti tanda-tanda stres
- Lakukan
yang terbaik mengikut kemampuan diri (jangan meniru/mengikut orang lain
untuk menunjukkan kita hebat)
- Cuba
menerima apa yang kita tidak dapat ubah dan jangan risau tetang kekurangan
yang ada
- Berkongsi
masalah dengan keluarga, kawan-kawan atau guru kaunseling. Mereka boleh
memberikan bantuan pendapat dan cadangan supaya kita boleh membuat
keputusan dengan lebih baik dan berkesan.
- Berfikiran
positif. Nyatakan saya boleh, saya mampu buat.
- Merancang
masa dengan bijak
- Lakukan
aktiviti riadah/bersenam/bermain di masa lapang.
- Bersikap
aserti – berani berkata “TIDAK”.
- Tetapkan
matlamat yang realistik
- Beribadat/mengerjakan
solat dan berdoa kepada Allah – ini boleh mententeramkan diri
- Jangan merokok atau mengambil dadah untuk melegakan stres. Dengan cara ini dia boleh menimbulkan masalah lebih besar.
Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan
mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka
menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.


assalamualaikum sahabat :*
ReplyDeletebaiklah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.
Ini sekadar pandangan saya mengenai emosi majoriti kanak-kanak di sekeliling saya. teima kasih..
Waalaikumsalam saudari, terima kasih atas kesudian anda untuk memberi pandangan yang begitu bernas sekali. Saya hargai dan bersetuju atas perkongsian pandangan saudari harap dapat memberi pandangan lain pada entry yang berikutnya.Sekian Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara,
ReplyDeleteKupasan isu yang menarik untuk diutarakan dalam dunia pendidikan
Stress dan kehidupan seharian kita ini sangat berkait rapat, ibarat seperti kuku dan kulit. Disebabkan oleh itu, stress dibahagikan kepada dua seperti yang dikongsikan oleh saudara iaitu stress yang bagus dan tidak bagus. Jadi pada pandangan saudara, adakah para guru perlu membantu murid murid mereka untuk mengatasi stress dan bagaiman caranya.
Terima Kasih
Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
ReplyDeleteDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah, cara mereka berfikir masi lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuatkan mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian, peranan ibu bapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yg masih berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu, dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.
ReplyDeletePada umur peringkat sekolah rendah pula, cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada lingkungan umur ini, mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunyai kebebasan yang lebih bebas daripada lingkungan umur prasekolah. Oleh itu, mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah. Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari di peringkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait raoat dengan keadaan sekeliling mereka termasuklah bagainana mereka memilih kawan.
Secara kesimpulannya, mentaliti anak-anak haruslah dibentuk daripada kecil lagi supaya mereka tidak tertekan dalam kehidupan mereka dalam membuat keputusan disetiap permasalahan yg mereka hadapi dan dapat berfikir berdasarkan apa yg mereka pelajari. Ibu bapa serta tenaga pendidik sama ada di prasekolah da sekolah rendah mempunyai peranan yang besar untuk membentuk mental mereka.
Terima kasih kepada saudari ezati,
ReplyDeleteBerbalik kepada persoalan saudari apakah cara yang paling sesuai yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk mengendalikan stress pelajar mereka. Baiklah, peranan seorang guru dalam kehidupan anak murid mereka sangat la besar. Bermula dari persekolahan tadika sehinggalah ke universiti, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu anak murid serta pelajar mereka untuk menangani stress. Para pendidik hendaklah memberi peluang kepada pelajar mereka untuk berkongsi masalah dengan mereka. Sekiranya tidak dapat membantu secara dalam kelas, jumpa secara personal dengsn mereka. Tanya apa masalh mereka serta memberikan kata kata dorongan kepada mereka. Perlu diingatkan saudari jangan sesekali membuat keputusan untuk mereka tetapi lebih kepada membantu dengan memberi nasihat. Waima dengan itu, para pelajar akan lebih berkeyakinan. Merasa diri mereka dihargai serta mampu mengendalikan stress mereka secara teratur.
Selain itu saudari, para pendidik perlu memahami latar belakang setiap murid mereka. Setiap murid mempunyai latar belakang sosial yang berbeza. Fahami mereka, cuba untuk duduk dalam kasut mereka. Lahirkan rasa empati yang tinggi. InsyaAllah para pelajar akn berkongsi masalah mereka dengan kita.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi singgah di blog saya. Harap jawapan yang saya berikan kepada saudari sedikit sebanyak dapat membantu saudari lebih memahami enri yang saya postkan di sini.
=)
Terima kasih kepada saudara Azrin =)
ReplyDeleteSaya tertarik dengan pandangan saudara. Saya akan cuba naikkan pandangan saudara di entri saya yang seterusnya.
Ya saudara,
anak sekecil murid tadika yang hanya berumur 4 dan 5 tahun sudah tahu apa itu erti stress. Mereka telah dibebankan dengan masalah yang kadang kadang bahu kecil mereka sendiri tidak mampu untuk menanganinya. Tekanan stress daripada keadaan sekeliling seperti waktu persekolahan yang panjang, kerja sekolah yang menimbun serta tidak sesuai dengan tahap pemikiran mereka secara tidak lansung sebenarnya punca utama mengapa gejala stress pada hari ini semakin menular dalam kalangan pelajar yang masig mentah. Oleh itu, saya harap isu ini dapat diketengahkan kepada pihak berwajib supaya anak kecil kita tidak dibebankan dengan masalah stress yang tidak mampu mereka tangung. Aturkan semula silibus pembelajaran mereka, timbulkan rasa minat dalam dirimereka bahawa belajar itu satu perkara yang menyeronokkan serta tidak membebankan. Mari saya ambil contoh, pihak tenaga pengajar di luar negara seperti Finland, mereka tidak pernah mengasingkan pelajar mereka mengikut gred. Bagi mereka tahap pendidikan murid mereka sama rata. Lihatlah apa yang mereka lakukan. Mereka mengambil inisiatif untuk mengelakkan murid berasa tertekan untuk bersaing menjadi pandai. Akhirnya, mereka dapat melahirkan modal insan yang dapat bersaing di mata dunia,
Saya mengharapkan kita juga mampu menjadi sebuah negara yang mampu menghasilkan pelajar yang berkelas taraf dunia.
Itu sahaj yang saya mampu berkongsikan dengan saudara Azrin
Diharapkan dengan sedikt perkongsian ilmu daripada saya ini dapat menambah lagi pengetahuan kita.
Terima Kasih.=)