Pada 1/9/2015 merupakan hari pertama pendaftaranku
di Kolej Pendidikan Awal Kanak-kanak
yang bekerjasama dengan Universiti Perguruan Sultan Idris di Damansara
Damai. Seperti yang rakan-rakan pembaca ketahui latar belakang
pengajianku adalah berasaskan kejuruteraan, namun kugigihkan diri demi untuk
mengambil kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kerana cita-citaku untuk menjadi
pendidik sejak dari kecil. Kenapa aku minat pendidikan? Faktor utama
adalah ibu bapaku merupakan pendidik dan aku lihat pendidik mempunyai masa yang
lebih efektif untuk keluarga. Berdasarkan pengalamanku sebelum memasuki kolej,
aku bekerja di sebuah syarikat membina kapal di Klang sebagai 'Safety Assistant'. Namun begitu, kulihat dari segi waktu bekerja dan sebagainya memang tidak
seronok (tiada life). Pergi kerja 7 pagi balik 7 malam. Selain itu, atas dorongan
keluarga, rakan-rakan serta abang Faizal yang aku kenal semasa bekerja
sekali. Teringat kembali pesanan Allahyarham,
"Takkan Apiz nak duduk tahap
diploma sahaja? Abah ini umur sudah 40 tahum pun belajar lagi nak dapatkan ijazah supaya dapat
membuktikan pada keluarga yang abah mampu. Apiz muda lagi. Berusahalah."
Tidak kunafikan, bukan sahaja ilmu dunia, malah dunia akhirat pun penting. Selagi kita
hidup kita mesti belajar, jadi aku nekad meneruskan pembelajaranku di samping
mengejar cita-citaku sebagai pendidik.
Suasana di kolej baru ini memang agak berbeza
dengan sewaktu aku belajar mengambil diploma kerana dalamannya semua dilengkapi
dengan pendingin hawa serta mural yang berasaskan kanak-kanak. Aku agak kagum serta
bingung kenapa kolej ini berbeza, namun persoalan itu terjawab kerana aku bukan lagi
mengambil kejuruteraan. Persekitaran ini berbeza bagi mewujudkan
suasana yang seronok kepada kanak-kanak. Otak kanak-kanak lebih berkembang
dengan warna seperti semasa aku belajar di Ttadika KEMAS dulu. Di situ aku belajar
menggunakan pensel warna dan warna air. Bila teringat kembali, memang rasa lebih seronok menjadi kanak-kanak. Namun itu hanyalah angan-angan Mat Jenin.
Aku mohon jasa baik rakan-rakan pembaca untuk membincangkan peranan rakan sebaya
dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.


Salam saudara Hafiz,
ReplyDeletePertama sekali tahniah kerana telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Belajar adalah tanggungjawab kita yang tidak akan pernah habis kerana kita belajar bukan hanya untuk segulung ijazah. Kadang kadang kita belajar melalui pengalaman dan keadaan sekeliling. Semoga saudara terus sukses. All the best.
Owh mengenai topik yang saudara utarakan saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya amat memainkan peranan yang penting kepada perkembangan sosioemosi kanak kanak. Hal ini kerana, kanak kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan rakan mereka. Secara tidak lansung rakan rakan akan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan mereka.
Terima Kasih.=)
Salam saudara, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembanagan kanak-kanak. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan. Apabila mereka berkawan dengan orang yang baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih baik. Ini sahaja serba sedikit ulasan dari saya mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
ReplyDeleteSekian,terima kasih.
Terima Kasih kepada saudari ezati,
ReplyDeleteHarap saudari dapat mengupas lebih lanjut mengenai isu tersebut. Saya teratrik dengan pandangan saudari mengapa saudari mengatakan bahawa kanak kanak lebih cenderung menghbiskan masa bersama rakan mereka.
Saya harap saudari boleh mengupas dengan lebih lanjut.
=)
Salam saudara Ronaldo James,
ReplyDeletePendapat yang sangat bernas. Sebenarnya saya pernah terbaca mengenai apa yang saudara katakan tetapi tidak beberapa faham. Nampaknya saudara telah menerangkan dengan lebih lanjut dan saya memahami apa yang saudara sampaikan.
Memang tidak dinafikan JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual adalah elemen yang penting untuk perkembangan kanak kanak. MAka dengan itu, kanak kanak perlu pandai memilih kawan atau rakan sebaya supaya perkembangan elemen JERI itu berkembang dengan baik.
=)
berdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.
ReplyDeleteW'alaikumuslm saudara danial,
ReplyDeleteOwh berkaitan topik tersebut, pernahkan saudara mendengar suatu pepatah mengatakan bahawa sahabat seseorang itu merupakan cerminan kepada sahabatnya yang seorang lagi. Memilih sahabat yang betul merupakan satu perkara yang sangat penting kepada kanak kanak. Kawan yang baik memberikan kebaikan kepada kanak kanak tersebut dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan mendapat wanginya dan begitu la juga sekiranya berkawan dengan penempa besi kita akan terkena percikan daripada besi tersebut. PAda usia yang masih mentah kanak kanak akan banyak menghabiskan masa bersama rakan rakan mereka. Segala masalah ataupun perkara mereka akan berkongsi bersama rakan mereka. Hal ini akan membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama rakan rakan mereka. Tambahan pula, pembentukan sosioemosi mereka sangatlah dipengaruhi oleh rakan mereka. Saya harap dengan penjelasan saya yang serba kekurangan memberikan serba sedikit kepada pihak saudara. Entri yang saudara utarakan sangat bermanfaat dan saya harap entri saudara selepas ini dapat memberikan saya lebih ilmu pengetahuan.
Terima Kasih
=)
Terima Kasih saudara Philip Jok,
ReplyDeleteApa yang saudara katakan itu memang betul. Memang tidak dinafikan lagi rakan menjadi salah satu pengaruh besar kepada kanak kanak. Kanak kanak berada dalam dunia mereka sendiri. Bagi mereka kawan kawan lebih memahami, tempat berkongsi masalah, tempat suka dan duka. Di sini lah pentingnya ibu bapa memainkan peranan untuk membentuk anak anak mereka. Ibu bapa perlu pandai mengikut rentak anak anak mereka. Tidak mendidik sebagai ditaktor di mana anak anak dipaksa untuk mendengar kata kata ibu bapa mereka tetapi mendidik lah dengan sikap yang terbuka. Menjadi sahabat anak anak, mendengar permasalahan mereka serta memberikan kata kata pendorong dan galakan.
Terima KAsih daun keladi. Semoga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.=)