Friday, 25 September 2015

Abah




Assalamualaikum,
Pada 27/5/2015 bapaku telah meninggal dunia pada jam 11.20 p.m. Tidak dinafikan walaupun aku anak sulung, aku agak manja bersama dengan Allahyarham. Aku mempunyai 2 orang adik-beradik. Kedua-duanya lelaki. Adikku sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Pahang.  



  

Berbalik semula tentang abahku. Beliau merupakan mentor bagi aku untuk sampai ke tahap sekarang. Tanpa semangat dan nasihatnya terhadapku, tidak mungkin aku dapat sampai ke tahap sekarang. Bagi aku, dia adalah ‘the best counsellor in the world.’ Aku seorang yang nakal namun dia tetap sabar memberi dorongan kepadaku untuk berubah. Didikan yang pertama apabila aku mengenali agama serta ilmu adalah daripada kedua ibu bapaku sebelum tadika. Perkara yang tidak pernah jemu abahku nasihatkan adalah jangan tinggalkan solat serta membaca Al-quran.  






 Aku sebagai anak memang berbangga dengan segala pencapaian abahku selama beliau hidup serta dapat membimbing keluarga kami sebagai ketua keluarga dengan sempurna. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Aku rasa cara didikan abahku adalah yang terbaik. Sekiranya kita lihat zaman sekarang, ibu bapa lebih memenangkan anak-anak sehingga mereka menjadi liar dan rasa sangat dilindungi. Kita boleh lihat juga pada zaman sekarang ibu bapa mencari rezeki sehingga lewat malam sehingga tidak tahu apa yang terjadi kepada anak-anak dan sosial  mereka. 

Sekiranya aku hendak ceritakan semua tentang abahku memang tidak habis entry untuk rakan-rakan pembaca baca.  Aku akan menceritakan lebih lanjut untuk rakan-rakan pembaca tentang abahku yang kucintai. Minta tolong rakan-rakan pembaca sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad bin Wahid. 








Mari kita sama-sama renungkan apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?
















8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat, terima kasih kerana menyediakan ruang untuk saya memberi komen. saya amat tertarik dengan entry kamu kongsikan . salah satu kajian yang penting dalam psikologi perkembangan kanak kanak ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi kanak kanak.. Secara umumnya, perapatan adalah satu ikatan yang sangat istemewa di antara dua insan. yang biasanya ditemui dalam hubungan dianatara anak,ibu bapa atau penjaga atau dia ntara individu dengan rakan taulan . pada pendapat saya , apabila berlakunya masalah perapatan antara bapa akan memberi kesan negatif terhadap anak tersebut. sebagai contoh i kebanyakan bapa banyak menghabiskan masa dengan bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa akan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memberi kasih sayang..jika ini belaku secara berleluasa, hubungan perapatan diantara bapa dan anak tidak dapat dieratkan lagi..sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudari, terima kasih atas kesudian anda untuk memberi pandangan yang begitu bernas sekali. Saya hargai dan bersetuju atas perkongsian pandangan saudari harap dapat memberi pandangan lain pada entry yang berikutnya.Sekian Terima kasih

      Delete
    2. Waalaikumsalam saudari, terima kasih atas kesudian anda untuk memberi pandangan yang begitu bernas sekali. Saya hargai dan bersetuju atas perkongsian pandangan saudari harap dapat memberi pandangan lain pada entry yang berikutnya.Sekian Terima kasih

      Delete
  3. Assalammualaikum wbt,
    Saya agak tertarik dengan cerita anda. Memang seronok memiliki seorang Ayah yang sentiasa berada disamping kita, memberi kita nasihat serta kasih sayang. Sebelum saya memberi komen, ingin saya ucapkan takziah diatas pemergian arwah.
    Baiklah, seperti yang kita tahu ibu dan bapa adalah sangat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Tanpa mereka, kita tidak akan sampai ke tahap yang tinggi. Saya juga rapat dengan Ayah saya, apa saja saya mahukan pasti dapat sehinggalah saya sudah beranak tiga. Bagi saya, jika seseorang anak itu tiada perapatan dengan bapa, saya pasti perkembangan emosi dan sosialisasi anak itu akan terganggu.
    Sebagai contoh, jika anak ini menjadi mangsa penceraian ibu bapa dan anak tersebut terlalu manja dengan si ayah tetapi apabila dalam isu hak penjagaan jatuh pada si ibu. Saya jamin emosi anak akan terganggu, anak akan menjadi pendiam, murung dan cepat memberontak hanya mahukan perhatian. Saya pasti, tingkahlaku anak tersebut juga akan berubah dari seorang anak yang baik pada seorang anak yang liar. Ini adalah kerana tiadanya kehadiran seorang bapa yang akan menasihatinya. Bagi saya, kehadiran seorang ayah ni menjadi pelengkap pada sesebuah keluarga. Pendek kata, perapatan ini adalah sangat penting dalam kehidupan anak-anak. Sampai sini saja ingin saya kupaskan sedikit tentang persoalan yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara,
    Satu entri yang amat menyentuh jiwa saya. Memang saya tidak nafikan peranan bapa sebagai salah seorang pendorong yang kuat kepada kejayaan anak anaknya. Semoga anda terus sukses dalam kehidupan anda dan terus menjadikan bapa anda sebagai idola kepada anda.
    Al fatihah
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Salam takziah dan alfatihah buat arwah bapa, saudara. saya ingin berkongsikan pandangan saya, komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
  6. Hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa sangat memainkan peranan yang besar dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan, dan melindungi anak-anak mereka.

    Antara masalah yg akan timbul sekiranya anak tidak rapat dengan dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dan bapa akan menyebabkan anak tudak dapat mendapat pendedahan awal dalam pengurusan diri da menyelesaikan masalah.

    Selain itu, hubungan yang regang antara anak dan bapa juga menyebabkan anak kurang mendapatkan kasih sayang. Keadaan ini membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada bapa mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yg lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa serta tertekan dengan keadaan yang mereka hadapi.

    Seterusnya, hubungan yang reganag antara bapa da anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik. Memahami keprluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar, mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan antara bapa dan anak yang baik, kebajikan kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

    ReplyDelete